Amalan guru geografi dalam memberi maklum balas pentaksiran formatif

2011 
Maklum balas merupakan elemen dalam amalan pentaksiran formatif dan apabila dilaksanakan dengan cara betul dan berkesan., ianya dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Kertas ini melaporkan satu dapatan kajian kuantitatif yang dilaksanakan untuk mengenal pasti bentuk maklum balas pentafsiran formatif yang diamalkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Bentuk maklum balas pentafsiran formatif termasuk cara penyampaian maklum balas, kandungan maklum balas dan masa menyampaikan maklum balas.Reka bentuk kajian ialah kajian kes yang dijalankan disebuah sekolah menengah di Negeri Perak. Dua orang guru geografi menjadi sampel dalam kajian ini. Tiga teknik kutipan dana dijalankan iaitu pemerhatian, temubual dan bukti dokumen telah digunakan untuk menyiasat amalan peserta kajian dalam memberikan maklum balas pentafsiran formatif kepada pelajar mereka. Data daripada ketiga-tiga teknik di analisis secara manual Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua peserta kajian menyampaikan maklum balas dengan membuat penjelasan secara lisan,demontrasi, pengajaran semula,mengemukan soalan tambahan, memberi komen positif dan juga secara bertulis .Kandungan maklum balas yang diberikan kedua-dua guru ialah komen terhadap kesalahan atau kelemahan panduan dan langkah-langkah untuk menambah baik prestasi serta konsep dan isi pelajaran. Kuantiti maklum balas yang diberikan berdasarkan kepada keperluan pelajar untuk meningkatkan pembelajaran dan kesesuaian dengan kebolehan pelajar dalam kelas mereka.Menjadi amalan kedua-dua guru menyampaikan maklum balas secara serta merta semasa pelajar masih menjalani tugasan mereka. Dapatan yang menarik dan menjadi amalan Guru A ialah menyampaikan maklum balas secara bebelan manakala Guru B mengubah konsep dan isi pelajar menjadi lirik lagu untuk memastikan maklum balas yang disampaikan mendapat perhatian pelajar mereka.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []