Iman, Islam dan ihsan: kaitannya dengan kesihatan jiwa

2013 
Islam tertegak di atas landasan yang sangat kukuh. Allah SWT telah mengutuskan seorang Rasul SAW dengan perantaraan wahyu yang disampaikan oleh Jibril AS sebagai utusanNya untuk mengajarkan manusia mengenai Islam agar mereka dapat memahami dan dapat melaksanakan segala peraturannya dalam kehidupan seharian. Islam juga disebut sebagai sebuah agama yang memberi rahmat dan kebaikan kepada sekelian alam. Namun demikian, untuk merasakan rahmat dan kebaikan ini, seorang muslim perlu memahami asas-asas dalam Islam yang di sanalah terkandung segala rahmat dan kebaikan seperti yang dijanjikan itu. Kegagalan untuk memahami asas ini, menyebabkan seseorang individu muslim itu tercari-cari kelebihanya sebagai seorang muslim berbanding dengan orang lain
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []