[SUFISM A STUDY ON IBN KHALDUN’S VIEWS WITH THE SPECIAL REFERENCE KITAB SHIFA’ AL-SA’IL WA TAHDHIB AL-MASA’IL] TASAWUF DALAM PESPEKTIF SEJARAH IBN KHALDUN: KAJIAN ANALISIS KITAB SHIFA’ AL-SA’IL WA TAHDHIB AL-MASA’IL

2021 
Sufism is a spiritual philosophy based on morals and intuition. It has affected the daily lives of Muslims and their behaviours as well. Actually, Sufism itself since its development has changed in terms of values, since it involves other knowledge which influences the purity of its teachings. To study the concept of Sufism and the history of its development, maintaining the purity of Sufism and returning it to the original teachings of tassawuf is needed especially in regards to Ibn Khaldun’s views since he is one of the scholars who emphasises the discussion and study of Sufism seriously and comprehensively. It can be seen by his objective in evaluating Sufism and producing the point of view to Sufism. Even as a historian and social expert, he also discusses the questions of Sufism from the root of the problem and its impact on the social life of Muslims. This study aims to analyse Ibn Khaldun’s views on the reality of Sufism and the history of its development with special reference to Shifa’ al-Sa’il wa Tahdhib al-Masa’il. To achieve these objectives, the library research method incorporating data collection and data analysis was used. Data analysis was done inductively and deductively.The results of the study have shown that Ibn Khaldun puts his own definition of Sufism comprehensively which is known as mujahadah. The concept of Mujahadah, according to him runs parallel to the history of the knowledge development and practices of Sufism. It began with mujahadah of taqwa, known among the early Sufis as zuhud and wara‘. Furthermore, mujahadah istiqamah and kashf are known as laduni or Sufism. Tasawuf adalah falsafah rohani yang berasaskan akhlak dan intuisi. Ia mempengaruhi kehidupan umat Islam serta memberikan kesan kepada perilaku mereka. Dalam perkembangannya, tasawuf mengalami perubahan nilai serta percampuran dengan ilmu-ilmu lain yang cenderung menodai kemurnian ajarannya. Untuk itu, kajian tentang konsep tasawuf penting dilakukan untuk menjaga kemurnian tasawuf dan mengembalikannya kepada ajaran yang sebenar. Ibn Khaldun merupakan salah seorang ulama yang membahaskan tasawuf secara teliti dan kritis. Perbahasan yang dikemukakan tidak hanya dilihat dari sisi keilmuan, tapi lebih dari itu sebagai pakar sejarah dan sosial kemasyarakatan beliau turut membahaskan persoalan tasawuf daripada akar permasalahan serta kesannya dalam kehidupan sosial umat Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis pemikiran tasawuf Ibn Khaldun tentang hakikat tasawuf dan sejarah perkembangannya tumpuan kepada karya beliau, Shifa’ al-Sa’il wa Tahdhib al-Masa’il. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian kepustakaan yang berteraskan kaedah pengumpulan dan analisis data melalui induktif dan deduktif digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Khaldun telah memberikan pengertian kepada tasawuf secara komprehensif yang beliau sebut sebagai mujahadah. Konsep mujahadah ini, selari dengan sejarah perkembangan dan amalan ahli sufi. Ia bermula dengan mujahadah takwa, iaitu peringkat awal sufi yang dikenali dengan zuhud dan warak. Seterusnya, mujahadah istiqamah dan kasyaf yang dikenali dengan ilmu laduni atau tasawuf.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []