PEMIKIRAN PERADABAN MELAYU DALAM CERITA-CERITA PILIHAN MAK YONG MENERUSI PERSPEKTIF TEORI SPB4K [THE MALAY CIVILIZATION THOUGHTS IN SELECTED MAK YONG TALES THROUGH THE THEORETICAL PERSPECTIVE OF SPB4K]

2020 
Thinking is a process towards the formation of theories or modules of educational thinking. Thinking is also an activity and process of using the human mind for a variety of purposes and objectives in life. In education, thinking is a process of educating and teaching the human being intellectually and intellectually and informally. The thinking in education is based on the Philosophy of National Education. Malay literature and art as an educational elements of thought, emotion, imagination and ingenuity. Science Malay literature and art are synonymous with the adaptation of education Malay civilization capable of forming individual personalities who excelled in capturing the positive and creative thinking. An appreciation of the script telling the stories of Mak Yong's choice has been made as a backup in this study. The stories of Mak Yong's choices analyzed are "Anak Raja Gondang", "Eneng Tajali", "Raja Besar Ho Gading" and "Dewa Indera, Indera Dewa". The first objective of the study was to identify the issues or events in the script of the relevant Mak Yong stories. The second is to analyze issues or events using the four elements of SPB4K Theory (4K Integrated Thinking System) introduced by Mohd Yusof Hasan at 2007. The analysis of Spiritual Thoughts leads to higher thoughts related to the elements of divinity, faith, piety and psychiatry. The analysis of the elements of adolescent thinking leads to external thinking related to the development of the human brain which leads to skills of excellence, glory, sustainability and ingenuity. The third element of thinking is that cognitive thinking focuses on logical, scientific thinking that leads to the truth, certainty, accuracy and usefulness of facts and figures while through creative thinking the analysis leads to lateral thinking that brings about innovative, creative, new ideas. , art, beauty and beauty. The researchers found that all four of these thoughts of spiritual thought, niche, kesaintifikan and creativity blended in a Malay civilization idea in theory SPB4K. The results of this study are expected to be able to provide useful knowledge and added value to the existence of self-awareness in order to develop education ideas Malay civilization. Pemikiran merupakan satu proses ke arah pembentukan teori atau modul pemikiran pendidikan.  Pemikiran juga adalah suatu kegiatan dan proses penggunaan akal manusia untuk pelbagai tujuan dan objektif dalam kehidupan.Dalam pendidikan, pemikiran bermaksud satu proses mendidik dan mengajar supaya manusia bijak dan pandai menggunakan akal fikiran secara formal dan informal. Pemikiran dalam pendidikan adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Kesusasteraan dan karya seni Melayu kaya dengan unsur-unsur pendidikan pemikiran, emosi ,imaginasi dan akal budi. Ilmu kesusasteraan dan karya seni Melayu amat sinonim dengan pengadaptasian pemikiran pendidikan peradaban Melayu yang mampu membentuk personaliti individu yang unggul dalam menggarap pemikiran positif dan kreatif. Penghayatan skrip penceritaan cerita-cerita pilihan Mak Yong telah dijadikan sebagai sandaran dalam kajian ini. Cerita-cerita pilhan Mak Yong yang dianalisis ialah “Anak Raja Gondang” , “Eneng Tajali”, “Raja Besar Ho Gading” dan “Dewa Indera Indera Dewa”. Objektif pertama kajian adalah mengenal pasti isu-isu atau peristiwa dalam skrip cerita-cerita pilihan Mak Yong berkenaan. Kedua adalah menganalisis isu-isu atau peristiwa menggunakan empat elemen pemikiran Teori SPB4K (Sistem Pemikiran Bersepadu 4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan pada tahun 2007. Penganalisisan menerusi Pemikiran Kerohanian yang menjurus kepada pemikiran luhur yang berkaitan dengan unsur-unsur ketuhanan,keimanan,ketaqwaan dan kejiwaan. Analisis elemen pemikiran kebitaraan pula menjurus kepada pemikiran lahiriah yang berkaitan dengan perkembangan otak manusia yang membawa kepada kemahiran kecemerlangan, kegemilangan, kebestarian dan kepandaian. Elemen pemikiran ketiga pula ialah pemikiran kesaintifikan yang memfokuskan kepada pemikiran yang bersifat logik,saintifik yang membawa kepada kebenaran, kepastian,ketepatan dan kegunaan fakta serta angka manakala menerusi pemikiran kekreatifan pula penganalisisan menjurus kepada pemikiran yang bersifat lateral yang membawa maksud inovatif,kreatif,idea baharu,keseniaan,keindahan dan kecantikan. Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat pemikiran tersebut iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan diadun dalam sebuah pemikiran peradaban Melayu dalam Teori SPB4K. Hasil kajian ini diharap mampu memberi pengetahuan yang  berguna dan nilai tambah terhadap kewujudan kesedaran dalam diri bagi membangunkan pemikiran pendidikan peradaban Melayu.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []