Kesesuaian Langkah Memperkasakan Domain Bandar Berdaya Huni di Zon Black Spot Jenayah di Sabah

2021 
Persoalan pangkal terhadap penyelesaian konflik ruangan perlu dilaksanakan segera antaranya untuk mewujudkan sebuah ruangan bandar yang berdaya huni untuk komuniti. Bagi mencapai matlamat keruangan tersebut, penekanan perlu diambil perhatian terhadap aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan ruangan fizikal. Justeru, dalam menyediakan ruangan fizikal seimbang, penelitian pemerkasaan berfokuskan kepada tiga domain bandar berdaya huni perlu dilakukan iaitu domain perumahan, domain ruang awam dan bangunan dan domain pengangkutan dan jalan raya. Makalah ini menjelaskan kesesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah merangkumi lima belas (15) zon black spot jenayah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Soal selidik diedarkan kepada 1,152 responden dan data dianalisis melalui SPSS menggunakan kaedah skor min. Penemuan mendapati langkah sesuai yang menjadi pilihan dominan responden bagi domain perumahan adalah melaksanakan aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan tidak kira siang atau malam di kawasan perumahan (4.59). Manakala, domain ruang awam dan bangunan pula dengan memastikan pengurusan sisa pepejal adalah sistematik dengan nilai skor min (4.57). Sementara itu, domain pengangkutan dan jalan raya menekankan kekerapan menyelenggarakan jalan raya untuk kegunaan komuniti (4.62). Walau bagaimanapun, hasil analisis mengikut zon adalah berbeza mengikut ruangan dan lokasi. Oleh itu, adalah perlu pihak berwajib mengambil kira dan meneliti maklum balas komuniti dalam ruangan dalam memastikan usaha memperkasakan ruangan bandar berjalan baik.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    2
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []