language-icon Old Web
English
Sign In

Variasi linguistik di Greater KL

2020 
Setelah enam dekad merdeka, sering dipersoalkan kebolehan kaum bukan Melayu berbahasa Melayu dengan baik. Tambahan lagi, kaum bukan Melayu, misalnya Cina dan India masih mengutamakan sekolah vernakular berbanding sekolah kebangsaan. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat kebolehan berbahasa kaum Cina dan India dalam aspek sebutan dan pertuturan. Kajian ini mengaplikasi metod interviu sosiolinguistik sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Labov (1997) dan Trudgill (1997), yang bertujuan untuk mencungkil data linguistik dalam pelbagai konteks. Dalam aspek sebutan, kajian ini menggunakan Teknik Bacaan Petikan. Seramai 100 informan India dan Cina terlibat dalam ujian pembacaan ini. Angkubah fonologi yang diuji ialah /r/, yang akan diukur berdasarkan sebutan baku. Manakala dalam pertuturan, kajian ini menggunakan Teknik Perbualan Tak Formal. Sejumlah 20 perbualan bukan Melayu telah dirakam dan ditranskripsi. Aspek yang dikaji ialah percampuran kod. Lokasi kajian tertumpu di Greater KL (Kuala Lumpur). Hasil kajian menunjukkan kedua-dua kaum mencatatkan kebolehan sebutan /r/ melebihi 70%, iaitu di awal, tengah dan akhir suku kata. Pertuturan pula memperlihatkan bentuk percampuran kod yang tipikal (Melayu-Inggeris). Bahasa Melayu didapati merupakan bahasa yang dominan dalam pertuturan bukan Melayu, sementara bahasa Inggeris dan partikel bahasa Cina adalah bahasa yang disisipkan. Secara umum, kajian ini telah berhasil memperlihatkan kecekapan berbahasa kaum bukan Melayu dipengaruhi oleh kelas sosial dan keformalan. Maksudnya, golongan yang bekerja dapat menghasilkan sebutan yang lebih baik berbanding subjek pelajar sekolah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kajian lepas.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []