GROWTH OF SEVERAL RUBBER CLONES FOR TIMBER PRODUCTION

2008 
balak. Kajian ini bertujuan menilai pertumbuhan beberapa klon pokok getah yang dipilih untuk pengurusan ladang hutan bagi penghasilan balak. Klon pada mulanya dibangunkan di bawah sistem pertanian intensif bagi penghasilan lateks. Kami memerhati pertumbuhan ladang getah berusia tujuh tahun di Hutan Simpan Bukit Hari dan Hutan Simpan Sungai Buloh, Selangor. Di kedua-dua tapak, klon PB 235 menunjukkan ketinggian dan diameter yang terbesar. Semua klon menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik apabila ditanam pada ketumpatan rendah (600 pokok/ha) berbanding ketumpatan tinggi (900 pokok/ha). Analisis tapak individu dan analisis tergabung menunjukkan kesan klon yang signifikan. Interaksi antara klon dan tapak adalah sangat signifikan namun semua klon menunjukkan kedudukan yang sama di kedua-dua tapak. Interaksi klon dan ketumpatan adalah tidak signifikan dan pekali ubahan bahan klon adalah lebih rendah daripada anak benih klon.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    1
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []