Islam agama bagi Persekutuan: satu kajian sejarah perundangan

2017 
Makalah ini berusaha untuk menyangkal pandangan yang mendakwa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan 1957 hanya menarafkan pemakaian Islam pada upacara rasmi, bersifat simbolik dan Malaysia dikatakan sebuah negara sekular berdasarkan Laporan Suruhanjaya Reid dan keputusan Mahkamah dalam Che Omar Che Soh lawan Pendakwaraya. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan reka bentuk sejarah perundangan. Dapatan menunjukkan selama ini unsur-unsur watan masih diabaikan oleh ahli perundangan dan akademik apabila mentafsirkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan sudah ada sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu iaitu Hukum Kanun Melaka sebelum kedatangan British, Islam adalah undang-undang watan (law of the land) bagi semua Kerajaan Negeri Melayu yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan aqidah Raja-raja Melayu adalah Islam; kesemua itu adalah ciri-ciri konsep kedaulatan watan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ianya tidak pernah dicabar oleh pentadbiran British-Malaya. Di samping itu, perjanjian-perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan British merupakan satu pengiktirafan kedaulatan watan dan garis sempadan yang menentukan kesahan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British sepanjang tempoh campurtangan mereka di Tanah Melayu tertakluk pada Perlembagaan Tanah Melayu. Kesimpulannya, tafsiran sebenar Islam hendaklah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah kerana itu adalah selari dengan konsep kedaulatan warisan Kesultanan Melayu Melaka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tafsiran yang betul tentang Islam dapat menguruskan pelbagai isu semasa yang menyentuh pemakaian prinsip perundangan dan penggubalan dasar negara kita.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []