Seni Sebagai Terapi Pelukis Melalui Karya Catan Kontemporari Malaysia: Kajian Rintis

2020 
Kajian rintis yang menggunakan kaedah temu bual ini merupakan sebahagian dari kajian kes seni sebagai terapi terhadap pelukis catan kontemporari Malaysia. Ia merupakan dokumentasi dan analisis tentang 6 orang pelukis ternama di Malaysia yang telah dipilih berdasarkan tinjauan literatur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual semi berstruktur bersama 6 orang pelukis yang dipilih tersebut. Kajian ini juga akan menganalisis impak seni sebagai terapi terhadap pelukis melalui karya-karya yang telah dihasilkan. Setiap pelukis mempunyai aspek formalistik dan aliran berbeza dalam penghasilan karya yang dilihat sebagai satu bentuk terapi yang perlu dikaji. Satu temu bual rintis telah dilaksanakan terhadap seorang pelukis muda catan kontemporari Malaysia iaitu Faizal Suhif sebagai tinjauan awal tentang keberkesanan kajian seni sebagai terapi terhadap pelukis-pelukis melalui catan kontemporari di Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []