Perubahan suhu kesan perubahan lanskap di metropolitan Lembah Kinta : kajian kes di Bandaraya Ipoh, Perak / Mohd Hairy Ibrahim … [et al.]

2012 
Kertas kerja ini meneliti pembangunan yang meningkat di Lembah Kinta yang pesat ketika ini. Pembangunan pesat ini melibatkan aktiviti pembandaran yang rancak merubah lanskap fizikal dalam mengembangkan bandar dan pekan di Lembah Kinta seperti di Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Seri iskandar, Ipoh, Chemor, Bercham, Simpang Pulai, Lahat dan Pengkalan, Kanthan serta Tanjong Rambutan. Pembangunan melibatkan aktiviti manusia di kawasan ini dalam merubah alam sekitar semulajadi Lembah Kinta kepada kawasan pembandaran menjadi Metropolitan Lembah Kinta. Aktiviti manusia ini melibatkan perubahan lanskap melalui pembukaan tanah bagi tujuan pembandaran, pertanian, perlombongan dan perindustrian. Perubahan lanskap ini melibatkan perubahan dari sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang terkenal menjadi kawasan tinggalan bekas lombong yang ditebus guna oleh manusia menjadi kawasan petempatan, perniagaan dan perindustrian. Kawasan bergunung-ganang di bahagian timur dan utara Lembah Kinta menjadikan sumber aktiviti manusia dalam menjalankan aktiviti kuari bagi menghasilkan mar-mar yang bernilai. Kepesatan pembandaran telah berkembang dari pusat Metropolitan Lembah Kinta iaitu Ipoh ke Seri Iskandar, Ipoh ke Chemor, Ipoh ke Kampar, Ipoh ke Cameron Highlands. Perubahan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan suhu di bandaraya Ipoh yang telah mengambil kira min suhu maksimum dan suhu minimum dalam tempoh 1970 – 2000. Perubahan ini menjadi satu penunjuk bagi memastikan pembangunan mapan bagi Metropolitan Lembah Kinta.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []