ANALISIS SERPIHAN TEMBIKAR TANAH PRASEJARAH DI KEDAH (AN ANALYSIS ON PREHISTORIC POTTERY PIECES IN KEDAH)

2018 
Abstrak Kertas kerja ini akan menumpukan kepada analisis secara morfologi kepada kepingan tembikar tanah yang dijumpai di Kedah sama ada jumpaan di permukaan atau melalui ekskavasi. Tembikar merupakan antara artifak arkeologi yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama sama ada di dalam tanah atau di permukaan tanah selepas artifak batu. Hal ini menyebabkan tembikar tanah merupakan artifak yang paling banyak dijumpai di tapak-tapak ekskavasi prasejarah di seluruh Malaysia dan juga luar negara.  Kaedah kajian dilakukan dengan kajian lapangan dan sumber perpustakaan. Analisis morfologi yang dilakukan ke atas serpihan tembikar telah menemukan warna, teknologi dan cara pembuatan adunan dan pewajaan. Antara kegunaan perkakas yang dapat dihuraikan daripada serpihan tersebut adalah digunakan untuk memasak kerana terdapat banyak kesan hitam pada artifak di luar kepingan. Selain reka bentuk, bahan binaan dan ragam hiasnya juga membantu dalam menunjukkan tembikar tersebut  milik tempatan. Hal ini juga dilihat daripada segi pembuatan tembikar yang masih berada di peringkat yang rendah dan bentuk yang agak primitif. Kata kunci : Kedah, prasejarah, tembikar tanah, analisis tampak Abstract This paper focuses on the morphological analysis of pottery pieces found in Kedah either on the ground or through excavation. Pottery is among the archaeological artefacts that can last for a long period of time either in or on the ground after stone artefacts. Therefore, pottery is the artefact that is frequently found in prehistoric excavation sites throughout Malaysia as well as in foreign countries. The research was conducted through field study and library resources. Morphological analysis performed on pottery pieces has found the colour, the technology, the way of making the pottery and tempering. Cooking was one of the usage of the pottery pieces as there were many black effects on the outer part of the artefacts. Apart from designs, the materials and ornamentation also proved that the pottery was local. It was also observed in terms of pottery making which was still at low level and primitive. Keywords: Kedah, prehistoric, pottery, visible analysis
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []