Tanggungjawab Hufaz Menurut Al-Nawawi Dalam Al-Tibyan Fi Adabil Hamlatil Quran

2017 
Pendidikan tahfiz merupakan sebahagian daripada pendidikan berorientasikan agama yang semakin popular di Malaysia. Penubuhan institusi tahfiz semakin meningkat akibat penawaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Tujuan utama al-Quran dihafaz adalah untuk menjaga mutawatir al-Quran. Justeru artikel ini membincangkan tanggungjawab hufaz al-Quran setelah tamat menghafaz al-Quran menurut al-Nawawi berdasarkan kitab al-Tibyan fi Adabil Hamlatil Quran. Hasil penelitian mendapati tanggungjawab yang harus dipelajari oleh pelajar terbahagi kepada 2 bahagian iaitu sifat amanah dan integriti terhadap hafazan serta penggarapan imej hufaz al-Quran. Artikel ini diharap dapat menjadi panduan dalam merangka strategi setelah tamat menghafaz al-Quran dengan lebih baik.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []