Pendekatan model Item Response Theory (IRT) dalam peperiksaan menggunakan komputer dalam kalangan pensyarah UTHM

2008 
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap pendekatan Model IRT (Item Response Theory) dalam peperiksaan menggunakan komputer. Kajian turut mengenalpasti tahap kefahaman pensyarah UTHM terhadap penggunaan komputer dalam peperiksaan dengan pendekatan model IRT, persepsi pensyarah terhadap sistem peperiksaan yang mengenalpasti kemahiran dan kebolehan pelajar serta kebolehlaksanaannya diaplikasikan di dalam sistem pendidikan negara kita. Kajian dijalankan melalui soal selidik dan melibatkan responden yang terdiri daripada 86 orang pensyarah di tiga fakulti iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia, UTHM. Keseluruhan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) ver 11.0 dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan, skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pensyarah terhadap penggunaan komputer dalam peperiksaan adalah tinggi. Namun demikian, pensyarah menunjukkan persepsi yang sederhana terhadap pendekatan model IRT dalam peperiksaan dan ciri-ciri model tersebut sebagai kaedah mengenalpasti kemahiran pelajar. Kebolehlaksanaan model IRT dalam peperiksaan berada ditahap yang rendah menunjukkan bahawa pensyarah kurang bersetuju supaya sistem tersebut diaplikasikan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk kajian akan datang dalam memberi pendedahan berkaitan dengan model IRT.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []