PENGUASAAN PELAJAR MELAYU TERHADAP TEKANAN SUARA MENYEBUT PERKATAAN ARAB DARI SUDUT INTENSITI

2016 
Abstract Arabic phonetics study  applying   instrumental research is quite new  in Malaysia. The use of modern software such as Praat software can examine the suprasegmental aspect by measuring the intensity of the sound pressure more accurately. Good sound pressure (al-nabr) has ggod impact on message delivery in communication. What often happens are that most students said the Arabic words with the wrong syllable pronunciation. Thus, this study aims to look at the students' performance on sound pressure in pronouncing Arabic words from the point intensity through three different patterns [kv + kv + kv] فعل, [KVK + KVK + KVK] استفعل an [KVK + kv + KVK] ينفعل , Data were analyzed quantitatively using Praat software. The subject of this research is Arabic Level 3 Proficiency Class at UPM. This study used nine words of Arabic as an instrument. The findings indicate that most Malay students tended to stress the final syllable word when pronouncing pattern [kv + kv + kv]. It was found that the students' knowledge about the sound pressure of words is weak. This study is expected to have an impact on Arabic language learning especially the phonetics aspects;  and become the impetus for future studies on instrumental phonetics. Abstrak Kajian bidang fonetik bahasa Arab melibatkan kajian instrumental masih baru di Malaysia. Penggunaan perisian moden seperti perisian Praat dapat meneliti aspek suprasegmental dengan mengukur nilai tekanan suara melalui intensiti dengan lebih tepat. Tekanan suara (al-nabr) yang baik memberi kesan ke atas penyampaian mesej dalam berkomunikasi. Apa yang sering berlaku ialah apabila kebanyakan pelajar menuturkan perkataan tanpa mengikut kaedah sebutan suku kata bahasa Arab yang betul. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap tekanan suara menyebut perkataan Arab dari sudut intensiti melalui tiga pola berbeza iaitu [kv+kv+kv] فع , [kvk+kvk+kvk] ا ل س ل ع ل dan [kvk+kv+kvk] ي ل ف ع . Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Praat. Subjek bagi kajian ini merupakan pelajar kelas kemahiran Bahasa Arab Tahap 3 di UPM. Kajian ini menggunakan sembilan perkataan bahasa Arab sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Melayu cenderung untuk menekankan suku kata akhir ketika menuturkan perkataan pola [kv+kv+kv]. Didapati pengetahuan pelajar tentang tekanan suara dalam perkataan adalah lemah. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya aspek fonetik serta menjadi pencetus kepada kajian fonetik instrumental akan datang.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    7
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []