Penerimaan Penggunaan Istilah Mualaf Dalam Kalangan Mualaf di Malaysia

2015 
Perbezaan pemikiran membawa kepada kepelbagaian penggunaan istilah bagi sesuatu perkara. Dalam konteks panggilan untuk golongan yang baru memeluk Islam, terdapat pelbagai istilah yang digunakan seperti saudara baru, saudara Muslim, saudara kita dan mualaf. Namun, persoalan timbul berkaitan istilah mana yang paling sesuai digunakan bagi golongan tersebut sama ada dalam perbualan seharian mahupun dari sudut penggunaannya secara akademik dan juga perundangan. Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang konsep mualaf dan penggunaan istilah mualaf bagi golongan yang baru memeluk agama Islam di Malaysia. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengkaji penerimaan mualaf terhadap penggunaan istilah mualaf dan penetapan had tempoh panggilan tersebut mengikut keputusan Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia serta mencadangkan tempoh yang sesuai bagi penggunaan istilah tersebut. Artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan kumpulan fokus sebagai mekanisma untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Seramai 9 orang individu daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur dipilih sebagai informan. Setiap informan ditemu bual selama 10 minit dan diajukan soalan yang sama. Temu bual ini menggunakan soalan separa struktur bagi membuka ruang kepada informan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka dengan lebih selesa. Artikel mendapati bahawa kebanyakan mualaf tidak menunjukkan sebarang respon yang negatif dengan penggunaan istilah mualaf, namun mereka lebih selesa dipanggil saudara Muslim kerana istilah tersebut dirasakan lebih mesra dipanggil dan tidak menunjukkan jarak yang terlalu jauh di antara saudara seagama yang lain. Kata kunci: Mualaf, Istilah Mualaf, Had Tempoh Mualaf, Agama Islam, Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []