Kesan ß-gliserofosfat Terhadap Ampaian Sel Mononukleus daripada Darah Periferi Manusia (Effect of ß-glycerophosphate on Suspension Mononucleus Cell from Human Peripheral Blood)

2011 
ABSTRAK Sel osteoblas merupakan sel mononukleus yang bertanggungjawab untuk pembentukan tulang. Sel mononukleus telah terbukti mampu membeza kepada sel osteoblas setelah diaruh oleh kombinasi asid askorbik dan s-gliserofosfat sebagai faktor pembezaan. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat kesan aruhan s-gliserofosfat terhadap ampaian sel mononukleus daripada darah periferi manusia secara in vitro. Sel mononukleus dipencilkan daripada darah periferi manusia dengan menggunakan larutan Ficoll-Paque™ Plus melalui kaedah pengemparan kecerunan ketumpatan. Sel mononukleus kemudian dikultur selama 7 hari di dalam medium proliferasi sebelum diaruh dengan s-gliserofosfat pada kepekatan 1 mM, 5 mM, 10 mM, 20 mM, dan 100 mM. Pada hari 0, 1, 3, 7, dan 14, penentuan profil aktiviti enzim alkalin fosfatase (ALP) dan analisis morfologi bagi sel osteoblas dilakukan dalam medium masing-masing. Aktiviti enzim ALP dan analisis morfologi menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) antara sel yang diaruh dengan sel kawalan negatif melalui statistik ujian-t berpasangan. Kesimpulannya, kehadiran s-gliserofosfat sahaja mampu untuk mengaruh pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas. Kesan s-gliserofosfat terhadap pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas menunjukkan profil enzimologi (aktiviti enzim ALP) dan morfologi yang hampir sama dengan kawalan positif (asid askorbik dan s-gliserofosfat). Berdasarkan kepada analisis enzimologi dan morfologi 1 mM s-gliserofosfat adalah kepekatan yang paling sesuai untuk pembezaan sel osteoblas secara in vitro. Kata kunci: s-gliserofosfat; ampaian sel mononukleus
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    14
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []