NOVEL POPPULAR DAN KECENDERUNGAN KHALAYAK REMAJA (Popular Novels and Its Tendency among Adolescent Readers)

2017 
Kertas ini berdasarkan penyelidikan FRGS berkod UKM-PP-04-FRGS0004-2006 iaitu “Citra Dakwah dalam Novel Melayu Popular: Kajian Pandangan dan Kecenderungan Pembaca Remaja”. Penelitian ini lebih melihat apakah yang ditawarkan novel popular sehingga ia diterima oleh sebilangan besar pembaca remaja. Lima novel yang dirumuskan sebagai yang “paling popular” adalah Bicara Hati (Damya Hana), Kau Untukku (Aisya Sofea), Jendela Hati (Aisya Sofea), Kau yang Satu (Nia Azalea) dan Manisnya Cinta (Anis Ayuni). Dapatan kajian adalah dua bentuk yang mempengaruhi kuasa beli dan milik novel popular iaitu (i) ciri luaran yang terdiri daripada penerbit, promosi, pengarang dan pakej pada novel; (ii) ciri dalaman yang terdiri daripada tema/persoalan, watak/perwatakan dan teknik penulisan (dimensi bahasa dan latar). Ciri luaran 4P sangat mempengaruhi kedudukan genre ini. Sementara ciri dalaman berikut bertindak sebagai pemangkin iaitu tema percintaan muda mudi, konflik perkahwinan dan kekeluargaan; watak fizikal yang menarik, berpendidikan tinggi, gaya hidup bandar, gengsi dan elit; plot yang senang difahami dengan unsur kebetulan; penggunaan bahasa kolokial yang terapung-apung antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Ciri-ciri ini sangat sesuai dengan tuntutan peribadi remaja yang berpegang kepada slogan simplicity and pleasure.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []