Persepsi, Penerimaan Dan Kemahiran Menggunakan Forum Atas Talian Dalam E-pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Di Universiti Teknologi Malaysia

2012 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi, penerimaan pensyarah terhadap penggunaan forum atas talian, kemahiran pensyarah dalam penggunaan forum dan hubungan antara penerimaan pensyarah dengan kemahiran pensyarah dalam penggunaan forum atas talian dalam sistem e-pembelajaran. Seramai 53 orang pensyarah dari berlainan fakulti di sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian dan analisis deskriptif dan inferensi telah dijalankan untuk menjawab persoalan. Persepsi dan penerimaan pensyarah terhadap penggunaan forum atas talian dikaji dari segi kemudahgunaan, kebaikan, sikap, niat, kekerapan penggunaan, faktor sosial semasa dan faktor fasiliti dalam penggunaan forum atas talian. Faktor kebaikan penggunaan forum atas talian mencatat min tertinggi iaitu 3.8383 di antara ketujuh-tujuh faktor. Dua kemahiran yang dikaji dalam kajian ini iaitu kemahiran teknikal dan kemahiran fasilitasi dalam penggunaan forum atas talian. Kemahiran fasilitasi mencatat min lebih tinggi daripada kemahiran teknikal dengan nilai 3.9640. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara kemudahgunaan dengan sikap penggunaan (r=0.192), sikap dan kemahiran teknikal (r=0.203) manakala terdapat hubungan yang signifikan antara niat dan kemahiran teknikal (r=0.706), kebaikan dan niat (r=0.686), faktor sosial semasa dan faktor fasiliti (r=0.683) dan faktor sosial semasa dan kemahiran teknikal (r=0.602). Pekali kolerasi bagi hubungan keseluruhan pembolehubah persepsi, penerimaan serta kemahiran dalam penggunaan forum atas talian adalah tinggi memandangkan nilai pekali kolerasi ialah 0.791. Selain itu, kajian ini juga turut membincangkan beberapa cadangan bagi tujuan kajian lanjutan di masa akan datang.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []