HAMPAS TEBU SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

2017 
Peningkatan bahan buangan industri pertanian amatlah membimbangkan dan berpotensi sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Isu alam sekitar seperti kesan rumah hijau telah membuka minda masyarakat untuk mencari alternatif mengitar semula bahan buangan menjadi sesuatu yang bermanfaat. Bahan semulajadi atau dalam bahasa saintifiknya lignoselulosik juga ditaksirkan sebagai satu bahan alternatif lain yang lebih mesra alam dan kombinasi sifat – sifat mekanikal dan fizikal semulajadinya berpotensi sebagai sumber tenaga baru. Penggunaan hampas tebu sebagai tenaga dari sumber semulajadi dilihat lebih mesra alam dan mampu mengurangkan masalah pencemaran akibat pembakaran dari arang batu. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti sifat – sifat hampas tebu yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bakar alternatif. Sifat – sifat yang dikaji adalah dari segi kandungan air, kemeruapan, kandungan abu dan kandungan kalori. Hampas tebu melalui proses pengeringan dan dihancurkan. Hampas tebu akan dibentuk seperti palet sebelum melalui beberapa ujian makmal. Nisbah sampel yang digunakan ialah 100% hampas tebu, sampel 50:50 dan 75:25 (hampas tebu dan campuran habuk kayu). Daripada hasil ujian didapati kadar bahan meruap untuk sampel bernisbah 50:50 adalah lebih tinggi berbanding dengan sampel lain. Ini merupakan petunjuk yang baik kerana semakin tinggi kadar bahan meruap, semakin tinggi kadar kebolehbakaran sampel tersebut. Ujian kandungan abu menunjukkan jumlah abu yang dikeluarkan adalah sedikit. Manakala bagi Ujian nilai kalori di dapati sampel bernisbah 50:50 mempunyai nilai kandungan kalori yang tinggi. Daripada ujian ini didapati sampel hampas tebu memberi kesan yang baik terhadap kebolehbakaran. Hampas tebu berupaya untuk menjadi bahan bakar bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber asli.Cadangan pada masa hadapan ialah kajian ini dikembangkan sebagai bahan api untuk membekalkan tenaga elektrik di Malaysia.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []