Kajian Tentang Mereka Bentuk Brek Letak Kereta Elektrik Untuk Kereta Penumpang

2008 
Di zaman teknologi yang sedang berkembang pesat sekarang, banyak technologi yang telah diperbaharui bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan sesuatu sistem supaya dapat memberikan lebih manfaat kepada pengguna. Tidak kurang juga kepada pengeluar-pengeluar kereta yang berlumba-lumba untuk meningkatkan teknologi kenderaan masing-masing supaya dapat menonjol dalam dunia perniagaan dan sekaligus dapat bersaing dengan pengeluar jenama kereta terkenal yang lain. Penggunaan alat terbantu komputer kini lebih popular digunakan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan alat terbantu komputer ini digunakan pada kenderaan khusus untuk meningkatkan kecekapan prestasi dengan lebih efisyen, dari segi ekonomi dan yang paling penting dari aspek keselamatan. Sistem Letak Kenderaan Automatik berkeupayaan untuk meningkatkan keselamatan kepada kenderaan dan pemandu, keselesaan pemanduan, kesenangan dan dapat memberikan revolusi dalam meningkatkan keupayaan kenderaan. Sebelum ini, penggunaan brek tangan biasa menyebabkan pemandu berasa tidak selesa ketika memandu di kawasan yang memerlukan penggunaan brek tangan. Ada juga pemandu yang terlupa untuk menarik brek tangan semasa meletak kenderaan dan masaalah yang sering dihadapi oleh pemandu ialah kenderaan mengundur ke belakang semasa berhenti di kawasan yang berbukit. Sebagai langkah untuk mengatasi masaalah tersebut, Brek Letak Kenderaan Automatik dicipta untuk memberikan keselesaan kepada pemandu dan mengurangkan risiko bahaya semasa berhenti di kawasan yang berbukit. Ia juga dapat memberikan keselamatan semasa meletakkan kenderaan.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []