Pendekatan Dakwah Ulama Sufi Nusantara Abad ke-17M dan 18M: Suatu Analisis Perbandingan dengan Pendekatan Dakwah Ulama Malaysia Abad ke-21

2011 
Dakwah adalah suatu amalan yang disinonimkan dengan Islam di mana sejak awal kemunculan Islam ia menjadi tugas Rasullullah para sahabat dan generasi pewaris ulama.Ulama sangat akrab dengan tugas mulia ini.Perkembangan pesat Islam ke serata pelosok alam adalah usaha sebahagian besar ulama.Tenyata ulama telah berfungsi menyampaikan dakwah kepada umat.Nusantara turut menerima Islam melalui tangan mulia ulama.Mereka terdiri daripada ulama sufi. Abad ke 17 M dan ke 18 M di Nusantara ternyata menjadi milik ulama sufi dalam mengembangkan aktiviti dakwah Islam. Dalam kemelut masyarakat yang mengamalkan agama Hindu dan Paganisme.Kedatangan ulama sufi ke Nusantara dengan cepat menukar landskap kepercayaan ini.Persoalannya, apakah pendekatan yang mereka gunakan sehingga masyarakat mudah menerima agama Islam.Apakah pendekatan tersebut masih relevan dengan suasana semasa abad ke 21 ini? Bagaimanakah para ulama sekarang boleh menggunakan pendekatan tersebut dalam arus permodenan dan kepelbagaian cabaran? Kertas kerja ini bertujuan mengupas pendekatan-pendekatan dakwah ulama sufi abad ke 17 M dan 18 M. Seterusnya kertas kerja ini akan membuat analisis perbandingan dengan pendekatan dakwah ulama Malaysia abad ke 21 M ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    2
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []