Trend Penggunaan Bejana (Al-Aniyah) Dalam Konteks Klasik Dan Semasa Menurut Perspektif Hukum Islam

2021 
Penggunaan pinggan mangkuk dan cawan seringkali digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Namun, perbincangan mengenai konsep bejana masih kurang diperjelaskan meskipun telah lama dikupas dalam kitab fiqh klasik. Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang konsep bejana menurut perspektif hukum Islam. Kajian perpustaakan melalui metode dokumentasi telah digunakan bagi mendapatkan data-data secara primer dan sekunder bagi penyempurnaan artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bejana boleh dihasilkan daripada pelbagai material khususnya daripada emas, perak, permata, tembaga, kulit, tulang dan seumpama dengannya. Para ulama ada yang berpendapat mengharuskan dan mengharamkan penggunaannya dengan memberikan beberapa justifikasi berpandukan kepada penilaian mazhab masing-masing. Namun secara umumnya hukum penggunaan bejana pada asalnya adalah harus selagimana tidak ada dalil yang menunjukkan ia haram.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    1
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []