Metode Interaksi Syeikh Dawud al-Fatani terhadap Hadith Da’if dalam Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid

2019 
Metode Interaksi Syeikh Dawud al-Fatani terhadap Hadith Da ’ if dalam Jam ’ u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid Abstrak Jam ’ u al-Fawaid Wa Jawahir al-Qalaid merupakan karya Tasawuf karangan Syeikh Dawud Abdullah al-Fatani. Walaupun kitab tersebut merupakan kitab tasawuf, akan tetapi terdapat sebilangan besar jumlah hadith di dalamnya yang menjadi hujjah kepada kenyataan yang dikemukakan. Hadith-hadith yang dikemukakan mempunyai status yang berbeza dan bentuk penulisan yang pelbagai. Dalam pada itu, tujuan kajian  ini dijalankan adalah untuk memahami kaedah interaksi Syeikh Dawud terhadap hadith da ’ if serta untuk mengenal pasti penghujahan hadith da ’ if dalam membincangkan tentang Fadail al-a’mal dan targhib wa tarhib . Di samping itu juga, kajian ini ingin melihat implikasinya terhadap masyarakat yang beramal dengan hadith da ’ if tersebut.  Kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu menganalisis dokumen-dokumen yang berbentuk tulisan sama ada dari kitab, tesis, jurnal, dan sebagainya. Kajian ini juga menggunakan perisian komputer seperti Maktabah Syamilah dan Jawami’ al-Kalim untuk membantu dalam menentukan keberadaan hadith serta memudahkan mencari kedudukan sesuatu hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa Syeikh Dawud tidak menggunakan sighah yang khusus dalam penyebutan hadis da’if. Keadaan ini mendatangkan kesukaran kepada masyarakat untuk membezakan hadith maqbul dan mardud dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat yang beramal dengan hadis yang mardud . Syeikh Dawud al-Fatani’s Interaction Method Towards Da’if Hadith  in Jam’u al-Fawaid wa Jawahir Abstract Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid is a tasawuf work by Syeikh Dawud Abdullah al-Fatani. Although it is a tasawuf book, but most of the hadith in it become arguments to the statements given. The hadiths given have different status and various styles of writings. Therefore, this study analyses the Syeikh Dawud’s interaction method towards da’if hadith in Fadail al-a’mal and targhib wa tarhib discussion. Other than that, this study also reveals the implication to the society that practices the da’if hadith. Methodology uses in this study is qualitative method by analysing documents such as the books, theses, journals, and others. This study also uses computer software such as Maktabah Syamilah and Jawami’ al-Kalim to help determining the hadith existence and to search the identification position of the hadith. The findings show that Syeikh Dawud does not use specific sighah in quoting the da’if hadith. This situation makes it difficult to the society to differentiate between the sahih and da’if hadith and therefore affects those who practice the mardud hadith.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []