GOVERNMENT SUPPORT TOWARDS ENVIRONMENTAL VOLUNTEERING PARTICIPATION (Sokongan Kerajaan Terhadap Penglibatan Sukarelawan Alam Sekitar)
2020
ABSTRACT Environmental volunteering is a form of unpaid helping behaviour that benefts the environment and a prosocial action that need support from government to ensure the objectives of environmental volunteerism reach its goal. Volunteerism has been a key of the global environmental movement by mobilizing communities in the world to help address environmental problems as protecting the environment is the responsibility of everyone in the community. NGOs act as bridge that linked the government support and the communities. This study is a mixed study that explored the government support towards environmental volunteering participation by analysing the data from verbatim responses of 10 individuals and questionnaire answered by 119 respondents that have participated in environmental volunteering activities. The results reveal that there are two elements of the government support towards environmental volunteering participation in Malaysia which is through incentives and education. The mean for this analysis is 6.95 with standard deviation of 2.404. The fndings of the study indicate that environmental volunteerism should be a requirement in environmental education as it is seen as an encouragement for environmental conservation practices and volunteerism. ABSTRAK Kesukarelawan alam sekitar adalah satu bentuk tingkah laku tolong menolong tanpa dibayar yang memberi manfaat kepada alam sekitar. Kesukarelawan alam sekitar ialah tindakan prososial yang memerlukan sokongan daripada kerajaan untuk memastikan objektif kesukarelawanan alam sekitar mencapai matlamatnya. Kesukarelawanan telah menjadi kunci kepada gerakan alam sekitar global dengan menggerakkan komuniti dunia untuk membantu menangani masalah alam sekitar kerana melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab semua individu dalam komuniti. NGO bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan sokongan kerajaan dan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah campuran untuk menerokai sokongan kerajaan terhadap penyertaan kesukarelawan alam sekitar dengan menganalisis data dari respons verbatim dari 10 individu dan soal selidik dijawab oleh 119 responden yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua elemen sokongan kerajaan terhadap penyertaan sukarelawan alam sekitar di Malaysia iaitu melalui insentif dan pendidikan. Purata untuk analisis ini ialah 6.95 dengan sisihan piawai 2.404. Penemuan kajian menunjukkan bahawa kesukarelawanan alam sekitar harus menjadi syarat dalam pendidikan alam sekitar kerana dilihat sebagai dorongan untuk amalan pemeliharaan alam sekitar dan kesukarelawanan.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI