Memoir Radin Umar Radin Sohadi: aku dan amanah-mu

2014 
Buku ini adalah sebuah biografi istimewa mengisahkan perjalanan hidup Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi sejak zaman muda beliau, bagaimana kehidupan di Maktab Tentera Diraja membentuk keperibadian beliau, kehidupan ketika di perantauan, serta perjalanan karier beliau sebagai ahli akademik yang bermula di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta semasa dipinjamkan ke MIROS dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Menerusi buku ini turut dititipkan pelbagai nasihat serta tips berkenaan budaya kerja, cara hidup serta motivasi oleh beliau sepanjang karier beliau serta ketika melawan kanser yang dihadapinya. Setiap bab di dalam buku ini telah disemak oleh beliau sendiri cuma dalam tiga bab terakhir disemak orang individu yang terapat dengan beliau kerana ketika itu tahap kesihatannya telah terlalu kritikal. Salah satu harapan Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar dengan terbitnya buku ini akan menjadi amal jariah beliau kepada pembaca dan masyarakat
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []