Peranan kaunselor dalam pembangunan pelajar: kajian kes terhadap kaunseling kelompok di Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Kuantan, Pahang

2006 
Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan kaunselor dalam pembangunan pelajar di Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM). Peranan kaunselor dilihat daripada empat aspek utama iaitu kepimpinan, amalan kerahsiaan, pemilihan peserta dan tindakan susulan. Bagi tujuan tersebut, 40 orang pelajar yang mengikuti program kaunseling kelompok di KUKTEM telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 11.0 digunakan bagi menghuraikan data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap kepimpinan, amalan kerahsiaan, pemilihan peserta dan tindakan susulan yang dijalankan oleh kaunselor adalah tinggi. Hasil kajian ini boleh membantu pihak terbabit khasnya kaunselor dan pihak pentadbir universiti dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kaunseling kelompok sebagai wadah untuk memperkembangkan aktiviti pembangunan pelajar.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []