Pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum dansokongan sosial terhadap kebahagiaan remaja miskindi Sabah

2016 
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum, sokongan sosial dan afek positif-negatif ke atas kebahagiaan remaja miskin di Sabah. Kajian rintis dijalankan ke atas 110 remaja miskin. Terdapat lima set soal selidik yang digunakan, iaitu Extended Life Orientation Test (ELOT) mengukur optimistik, General Self-Efficacy Scale (GSES) mengukur efikasi kendiri umum, Inventory of Socially Supportive Behaviors (ISSB)-Short Form mengukur sokongan sosial, Positive Affective and Negative Affective Schedule (PANAS) mengukur afek positif dan negatif, dan Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis kebolehpercayaan dijalankan adalah melihat kepada pekali Cronbach Alfa menggunakan Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 21. Hasil kajian mendapati bahawa Extended Life Orientation Test (ELOT) menunjukkan nilai Cronbach Alfa 0.697, General Self-Efficacy Scale (GSES) sebanyak 0.704, Inventory of Socially Supportive Behaviors (ISSB)-Short Form sebanyak 0.925 dan Positive Affective and Negative Affective Schedule (PANAS) sebanyak 0.730. Manakala, bagi alat kajian pemboleh ubah terikat Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) menunjukkan nilai sebanyak 0.823. Analisis inferensi mendapati sokongan sosial lebih mempengaruhi kebahagiaan remaja miskin, iaitu sebanyak 20.2%. Dapatan juga mendapati afek positif mempunyai kesan mediator antara hubungan optimistik dan kebahagiaan remaja miskin di Sabah.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []