Kefahaman masyarakat kepulauan terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan (The archipelago community's understanding of the National Cultural Policy)

2021 
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat kepulauan di Malaysia terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah digubal pada tahun 1971. 484 orang responden (berumur dalam lingkungan 30 tahun ke bawah hingga ke 55 tahun) yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Labuan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi telah dipilih. Kira-kira 90% responden merupakan kelompok paling aktif dalam arena pembangunan negara manakala 10% lagi terdiri daripada kelompok 55 tahun dan ke atas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian data responden dan bahagian kefahaman responden tentang budaya kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Hasil soal selidik yang lengkap dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences . Analisis data dalam makalah ini berfokus kepada analisis Angkubah Demografi dan Tabulasi Silang. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat kepulauan memahami serta menerima Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dua angkubah sosial yang menyerlahkan perkaitan rapat dengan kefahaman Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ialah angkubah bangsa dan agama. Kajian ini membuktikan bahawa kedua-dua angkubah ini paling signifikan dalam konteks perpaduan antara kaum dan keharmonian di Malaysia. Kajian ini memberi impak yang signifikan terhadap masyarakat multi-etnik yang berkaitan dengan aspek jati diri dan perpaduan kaum, serta kepada pihak atau agensi yang terlibat dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam merangka dasar-dasar yang berkaitan perpaduan kaum pada masa akan datang. Kata kunci: Dasar kerajaan, kebudayaan kebangsaan, masyarakat kepulauan, multi-etnik, perpaduan, tahap kefahaman  This study aims to identify the level of understanding of the island community in Malaysia on the National Cultural Policy which was enacted in 1971. 484 respondents (aged between 30 years and below to 55 years) consisting of Malaysians living in Pulau Labuan Federal Region, Tioman Island, Redang Island, Pangkor Island and Langkawi Island chosen. 90% of the respondents are the most active in the national development arena while the other 10% consists of groups 55 years and above. This study was conducted using a questionnaire consisting of two parts, namely the respondents' data section and the individual's understanding of the national cultural and the Malaysian National Cultural Policy. The results of the completed questionnaire were analysed using Statistical Package for the Social Sciences software. The data analysis in this paper focuses on the analysis of Demographic Variables and Cross Tabulation. Overall, the findings show that the island community understands and accepts the National Cultural Policy. The two social variables that highlight the close relationship with the understanding of the Malaysian National Cultural Policy are the race and religion variables. This study proves that these two variables are most significant in the context of inter-racial unity and harmony in Malaysia. This study has a significant impact on the multi-ethnic community related to aspects of identity and racial unity in Malaysia as well as to parties or agencies involved with the National Cultural Policy, especially the Ministry of Tourism, Heritage and Cultural in formulating policies related to racial unity in Malaysia in the future. Keywords: Government policy, national cultural, island community, multi-ethnic, unity, level of understanding
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []