Tahap Penerimaan Masyarakat Terhadap Sistem Perbankan Islam : Satu Kajian Terhadap Kakitangan Fakulti Pendidikan Utm.

2003 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan terhadap Sistem Perbankan Islam di kalangan kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek- aspek yang ditinjau adalah dari segi tahap penggunaan Sistem Perbankan Islam, pemahaman tentang konsep faedah dalam sistem perbankan, pandangan serta tahap kesedaran tentang kewujudan Sistem Perbankan Islam di bank-bank konvensional. Sampel diambil secara rawak mudah iaitu melibatkan 102 orang kakitangan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi bahagian A dan B, segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS versi 11.0 berdasarkan peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan dan penggunaan kakitangan terhadap Sistem Perbankan Islam adalah pada tahap sederhana. Manakala pemahaman kakitangan tentang konsep faedah juga dicatatkan pada tahap yang sederhana. Hasil dapatan bagi pandangan serta tahap kesedaran kakitangan terhadap Sistem Perbankan Islam juga berada pada tahap sederhana. Diakhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak- pihak tertentu seperti pihak kerajaan, bank, jabatan dan badan- badan agama untuk kebaikan semua pihak.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []