Aplikasi GIS dalam membantu mengenalpasti corak kemalangan lalulintas di Daerah Melaka Tengah / Suzanah Abdullah, Haslina Hashim dan Izrahayu Che Hashim

2012 
Kemalangan jalanraya adalah satu perkara yang agak sinonim di negara ini. Pelbagai kegiatan dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau kejadian kemalangan di seluruh negara. Pelbagai pihak lain seharusnya mengambil inisiatif yang lebih agresif bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dengan alat (tools) yang mungkin agak berbeza mengikut kemampuan. GIS juga merupakan satu alat yang mampu menganalisa pelbagai sektor termasuklah trafik amnya dan kemalangan jalanraya khasnya. Aplikasi analisis lokasi kemalangan (‘black spot’) dan kaitannya dengan sektor guna tanah dan yang berkaitan merupakan satu alternatif asas dalam membuat sebarang polisi berkaitan kemalangan. Paparan spatial dan atribut serta keupayaan GIS dalam menganalisa pelbagai senario dapat membantu pihak terbabit merangka strategi dan langkah-langkah pengawalan dengan lebih baik berdasarkan kepada keutamaan lokasi kemalangan. Teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah menjadi satu peralatan popular untuk visualisasi data kemalangan. Terdapat beberapa agensi trafik telah menggunakan GIS untuk membantu dalam membuat analisis kemalangan. Kajian analisis kemalangan dapat menentukan bagi pengenalpastian lokasi-lokasi kemalangan dan pada kawasan jalanraya yang kurang selamat. Dengan itu, pegawai-pegawai trafik boleh melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan peruntukan-peruntukan untuk keselamatan jalan raya. Kajian utama projek ini adalah untuk mewujudkan pangkalan data kemalangan lalu lintas di daerah Melaka Tengah. Sehingga kini pangkalan data berada dalam bentuk sistem fail rekod linear. Dengan adanya pangkalan data maklumat mengenai kemalangan lalu lintas dapat digunakan dengan berkesan dan cepat. GIS merupakan satu sistem maklumat bergambar yang menyokong paparan dan analisis data yang boleh dilihat oleh semua. GIS membantu dalam mengenalpasti ciriciri kawasan kemalangan yang menggunakan ciri-ciri geografi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []