Kaedah Agihan Bahagian Harta Pusaka dalam Kes Al-Haml

2019 
Permasalahan pembahagian harta pusaka orang Islam yang semakin meningkat dari sehari ke sehari dan isu harta pusaka yang tidak diselesaikan adalah membimbangkan. Masalah Janin dalam kandungan dikalangan ahli waris merupakan antara isu yang menyumbang kepada peningkatan jumlah harta pusaka yang tidak diselesaikan. Artikel ini mengulas kaedah agihan harta pusaka dalam kes pewarisan janin dalam kandungan atau dikenali sebagai al-ḥaml. Untuk tujuan tersebut, artikel ini mengetengahkan teori al-iḥtimālāt sebagai asas perbincangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data diperolehi menerusi kaedah perpustakaan dan dianalisis secara deskriptif. Untuk penyelesaian permasalahan pentadbiran harta pusaka, kajian ini berjaya mengemukakan model penyelesaian di mana teori al-Iḥtimālāt dapat menyelesaikan masalah pentadbiran harta pusaka dalam kes al-ḥaml. Kajian merumuskan bahawa al-ḥaml adalah berhak mewarisi harta pusaka daripada ahli warisnya yang telah meninggal dunia berdasarkan kepada hukum faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    4
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []