TAHAP KEFAHAMAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ): KAJIAN TERHADAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR

2019 
ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor. Kajian ini berbentuk kuantitatif statistik deskriptif. Sebanyak 105 borang soalselidik telah diedar kepada responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 di SMAPR. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman pelajar SMAPR terhadap akidah ASWJ berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan hasil analisis, dua elemen yang mempunyai nilai min skor paling tinggi ialah elemen kefahaman pelajar tentang Rukun Iman ada 6 perkara dan Rukun Islam ada 5 perkara iaitu 5.00. Secara keseluruhannya pelajar sangat faham tentang akidah ASWJ. Walaupun begitu, usaha pemantapan akidah ASWJ perlu sentiasa dilakukan melalui bidang pendidikan untuk kelestarian insan. Kata Kunci: Kefahaman; Akidah; Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ); Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR)
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []