Tekanan Kerja Dan Kesannya Ke Atas Kualiti Kesihatan Pekerja UTeM
2009
Kajian adalah bertujuan untuk melihat tahap tekanan kerja di kalangan staf
Universiti Teknikal Malaysia Melaka serta kesannya ke atas kualiti kesihatan
pekerja. Terdapat tiga dimensi faktor tekanan digunakan dalam kajian ini iaitu
faktor peralaton don persekitoran, faktor teknik don kemahiran don faktor
organisasi serta kesannya terhadap kualiti kesihatan staf. Teori tekanan kerja
iaitu 'Person Environment atau P-E Fit Theory of Job Related Stress' yang
dikemukakan oleh French, Rogers don Cobb ( 197 4) merupakan asas kajian ini.
Model tekanan kerja diubahsuai dori model kesan teknologi Robins ( 1991) telah
digunakan dalam kajian ini. Soal selidik kajian ini yang dibina don diubahsuai
dori pengkaji asal. Setelah diuji tahap kebolehpercayaan soal selidik dengan
menggunakan kaedah Cronbach Alpha, nilai pekali alpha 0.8329. Seramai 274
orang responden digunakan sebagai sampel kajian ini. Responden terdiri
doripada 170 lelaki don 103 wanita. Data-data kajian diperolehi don dianalisis
dengan menggunakan deskriptif kekrapan, ujian t, ujian anova satu halo don
korelasi peorson. Hasil dapatan menunjukkan tahap tekanan adalah rendah di
kalangan staf UTeM. lni menunjukkan bahawa staf UTeM memperoleh kepuasan
kerja di tempat bekerja. Merujuk kepada dapatan kajian juga telah
menunjukkan bahawa pekerja-pekerja menghadapi kesihatan. Keadaan tahap
kesihatan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran don pengurusan
organisasi tempat kerja. Hipotesis kajian telah menunjukan bahawa tiada
perbezaan signifikan tekanan kerja dengan jantina, tiada perbezaan signifikan
tempoh perkhidmatan dengan tekanan kerja don tiada perbezaan signifikan
polo tekanan dengan status wanita pada aras keyakinan 0.05.
- Correction
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI