Tahap Penggunaan Strategi Bacaan dalam Aktiviti Kefahaman Bacaan Teks Bahasa Arab (The Level of Use of Reading Strategies in Arabic Language Reading Comprehension Activities)

2018 
Objektif kemahiran membaca bahasa Arab adalah untuk mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar menerusi penerapan strategi bacaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merupakan satu aspirasi yang praktikal untuk dilaksanakan dalam era milenium ini. Meskipun penggunaan strategi bacaan terbukti dapat mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks, namun tahap penguasaan strategi bacaan dalam kalangan pelajar masih kurang memuaskan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi strategi bacaan, tahap penggunaan dan hubungannya dengan kefahaman bacaan dalam kalangan pelajar ketika membaca teks Arab. Seramai 506 peserta kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah agama telah dipilih secara rawak berkelompok terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian bertulis yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi analisis permodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian mendapati tahap penggunaan strategi penyelesaian masalah adalah lebih tinggi berbanding dengan strategi global dan strategi sokongan yang masing-masing menunjukkan tahap penggunaan sederhana. Penguasaan kefahaman bacaan teks BA pula menunjukkan min keseluruhan skor markah ujian bertulis berada pada tahap rendah. Berdasarkan analisis SEM mendapati faktor strategi bacaan lebih dominan berbanding faktor lain. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar guru dapat merangka perancangan aktiviti kemahiran membaca dengan menitikberatkan aspek strategi bacaan dalam mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa dan aras kemahiran berfikir. Kata Kunci: Kemahiran membaca bahasa Arab; Kefahaman bacaan; Strategi bacaan; Strategi Penyelesaian Masalah, Strategi Global; Strategi Sokongan It is a feasible aspiration in this millennial age to accentuate Arabic reading skills intended to develop a proper understanding of a given text among students through various teaching and learning activities namely the use of reading strategy.  However, despite the fact that the employment of reading strategies has been proven to be effective as a means to enhance Arabic reading comprehension, the mastery of the strategies among students remains at an unsatisfactory level. This study aims to identify the dimensions of reading strategies as well as the level of use of these strategies in relations with students’ reading comprehension with regards to Arabic content. A total of 506 participants; comprised of Islamic Secondary School students were selected through a stratified random sampling to be involved in this study. The data were collected using questionnaires as well as written tests and were analysed descriptively and inferred through Structural Equation Modelling (SEM) analysis. The findings show that the level of use of problem solving strategies is higher compared to the moderate usage of both the global strategies as well as the support strategies. The mastery of Arabic language text reading comprehension shows that the overall mean score of the written test is low. Based on SEM analysis, the reading strategies factor is more dominant than the other factors. The findings of the study imply that teachers ought to devise reading skills activities with the emphasis on the reading strategies in improving the level of language proficiency and thinking skill level. Key Words: Arabic reading skills; Reading comprehension; Strategies of reading; Problem Solving Strategy; Global Strategy; Support Strategy
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []